LATIHAN TAMBAHAN: BAB 3

KIMIA ASAS SEMESTER 1 (SK017)

(Note: Academic content is in Bahasa Malaysia in accordance of the main language used in the delivery of lessons in the Academic Year 2003. Teaching will only be fully conducted in English as of 2004.)

Questions prepared by Mr Yeoh Guan Thai.


LATIHAN BAB || 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || NOTA || SUKATAN ||


Soalan:

1.            Suatu unsur Z mempunyai konfigurasi elektron seperti di bawah:

1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 3d10 4s2 4p5

(a)     unsur Z terletak dalam blok apakah dalam Jadual Berkala Moden?

(b)    Nyatakan nombor kala dan nombor kumpulan unsur Z dalam Jadual Berkala.

(c)     Apakah cas pada ion Z yang paling mungkin?

(d)    Apakah nombor proton dan bilangan elektron valens unsur Z?sty

[Jawapan]

 

2.            Jelaskan mengapa jejari atom fosforus (128 pm) lebih kecil daripada jejari atom magnesium (160 pm).

[Jawapan]

 

3.            Jelaskan mengapa saiz ion Cl- lebih besar berbanding dengan atom klorin, Cl.

[Jawapan]

 

4.            Jelaskan pernyataan berikut: tenaga pengionan pertama N lebih tinggi daripada tenaga pengionan pertama O.

[Jawapan]

 

5.            Afiniti elektron pertama bagi unsur oksigen, O bernilai negatif tetapi afiniti elektron kedua O bernilai positif. Jelaskan permerhatian di atas.

[Jawapan]

 

6.            Suatu unsur mempunyai elektron bertenaga paling tinggi pada set nombor kuantum (4, 1, +1, +) dan (4, 1, -1, +)

(a)     Berikan konfigurasi elektron bagi elektron-elektron di dalam petala valens atom unsur tersebut.

(b)    Tentukan nombor kumpulan bagi unsur berkenaan.

[Jawapan]

 

7.             Konfigurasi elektron pada petala terluar bagi satu unsur blok d ialah 3d8 4s2. Berapakah nombor proton bagi unsur ini?

[Jawapan]

 

8.             Apakah nombor kala terendah bagi satu atom dengan konfigurasi elektron dalam keadaan asas (n-1) d6 ns2 ?

[Jawapan]

 

9.            Graf di bawah menunjukkan hubungan antara lg tenaga pengionan dengan bilangan pengionan bagi semua elektron dalam satu atom X

(a)     Berapakah bilangan proton dalam nukleus atom X?

(b)    Tuliskan konfigurasi elektron bagi atom X.

(c)     Apakah nombor pengoksidaan unsur X dalam sebatiannya?

(d)    Berapakah bilangan elektron valens dalam atom X?

(e)     Nyatakan nombor kumpulan dan nombor kala unsur X dalam Jadual Berkala.

(f)      Ramalkan formula sebatian oksida bagi unsur X dan jenis pengikatan yang wujud dalam sebatian tersebut.

(g)     Adakah oksida unsur X bersifat asid, amfoterik atau bes? Tuliskan persamaan kimia untuk menyokong jawapan anda.

[Jawapan]

 

  1. Jadual berikut menunjukkan tenaga pengionan (kJ.mol-1) bagi empat unsur A, B, C dan D.

Unsur

TP1

TP2

TP3

TP4

A

418

3070

4600

5860

B

736

1450

7740

10500

C

577

1820

2740

11600

D

590

1150

4940

6480

(a)     Jika unsur B berada dalam kala 3 Jadual Berkala, tuliskan konfigurasi elektronnya.

(b)    Unsur manakah memerlukan tenaga paling kecil untuk menukar 1 mol atom bergas kepada ion yang bercas tiga positif?

(c)     Pilih dua unsur yang terletak dalam kumpulan yang sama dan bandingkan jejari atom kedua-dua unsur tersebut.

[Jawapan]

Kembali ke atas...


 

Jawapan

 

1.      (a) p (b) 4; 17 (c) -1 (d) 35; 7

2.      bil petala sama. Cas nukleus berkesan P > Mg (bil proton dalam nukleus P > Mg). Daya tarikan elektrostatik terhadap elektron valens dalam P > Mg.

3.      bil petala dan nombor proton sama. Cl- mempunyai lebihan satu elektron valens berbanding dengan Cl. Daya tolakan antara elektron valens dalam Cl- > Cl, mengembangkan awan elektron Cl-.

4.      Bagi N, elektron yang disingkirkan adalah dari orbital 2p terisi separuh penuh yang mempunyai kestabilan tambahan. Maka, lebihan tenaga diperlukan untuk menyingkirkan elektron pertama N iaitu tenaga pengionan pertama N lebih tinggi.

Bagi O, elektron yang disingkirkan adalah dari orbital 2p yang mempunyai sepasang elektron. Daya tolakan atara 2 elektron dalam orbital yang sama menyebabkan tenaga rendah diperlukan untuk menyingkirkan elektron tersebut.

5.      Elektron kedua (bercas negatif) yang ditambah mengalami daya tolakan semasa elektron kedua mendekati anion (bercas negatif). Maka, tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tolakan tersebut iaitu afiniti elektron kedua bernilai positif (serap tenaga).

 

6.      (b) 14

7.      28

8.      4

9.      (a) 12

(b) 1s2 2s2 2p6 3s2

(c) +2

(d) 2

(e) 2; 3

(f) XO (ikataan ionik)

(g) Bes, XO + H2O X2+ + 2OH-

10.  (a) 1s2 2s2 2p6 3s2 3p2

(b) C

(c) B & D

(d) A

 

 

 

Kembali ke soalan...


LATIHAN BAB || 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || NOTA || SUKATAN ||


|| SUKATAN | NOTA | LATIHAN TAMBAHAN | KUIZ | UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER ||