SUKATAN KURSUS: BAB 4 dan 5

KIMIA ASAS SEMESTER 2 (SK027)


 

TAJUK
HURAIAN
JAM
  1. PENGENALAN KEPADA KIMIA ORGANIK ( 9 JAM )

4.1 Pengenalan

 

  1. Memerihalkan sebatian organik sebagai sebatian karbon seperti metana, DNA, urea, DDT, penisilin, nikotina dan sebagainya
1

4.2 Formula empirik, formula molekul dan formula struktur

  1. Mentakrif dan menentukan formula empirik dan formula molekul.
  2. Melukis formula struktur dengan menggunakan formula molekul.
  3. Melukis formula stuktur dalam bentuk struktur padat dan struktur kembang.
  4. Melukis formula struktur kembang dalam bentuk 2 dimensi, 3 dimensi dan unjuran Fischer:
    contoh: 2-butanol

1

4.3 Kumpulan berfungsi dan Siri homolog

  1. Mentakrif dan mengelaskan kumpulan berfungsi:

    dan
    dan

  2. Mentakrifkan siri homolog dan menjelaskan ciri amnya.
  3. Menyatakan kelas dan penamaan umum menurut sistem tatanama IUPAC.
  4. Pengelasan atom karbon dalam molekul organik

2

 

4.4 Pengelasan atom karbon dalam molekul organik

  1. Menjelaskan karbon primer, sekunder dan tertier serta pengelasan alkohol, haloalkana dan amina

1

4.5 Keisomeran

  1. Mentakrifkan keisomeran dan kestereoisomeran.
  2. Menjelaskan keisomeran struktur: rantai, kedudukan dan kumpulan berfungsi.
  3. Menjelaskan kestereoisomeran: isomer geometri dan isomer optik.
  4. Menjelaskan keisomeran geometri dalam alkena berdasarkan pembatasan putaran yang disebabkan oleh ikatan ganda dua, C C dan ikatan tunggal sikloalkana.
  5. Menamakan isomer cis-trans: contohnya, 2-butena, dimetilsikloheksana dan sebagainya.
  6. Menjelaskan maksud isomer optik, karbon kiral dan enantiomer contohnya 2-butanol
  7. Menentukan sifat aktif optik yang melibatkan dua karbon kiral termasuk menjelaskan maksud enantiomer, diastereoisomer, meso dan campuran rasemat.
    Contoh: 2,3-butanadiol, 2-bromo-3-klorobutana.
2

4.6 Tindak balas sebatian organik

  1. Menjelaskan pemutusan ikatan kovalen: pembelahan homolitik menghasilkan radikal bebas dan pembelahan heterolitik menghasilkan kation / ion karbonium / karbokation dan anion.
  2. Menjelaskan kesan kumpulan alkil terhadap kestabilan radikal bebas dan ion karbonium / karbokation.
  3. Mentakrifkan elektrofil dan nukleofil termasuk asid Lewis dan kation sebagai elektrofil serta bes Lewis dan anion sebagai nukleofil.
  4. Menjelaskan jenis tindak balas organik utama:
    - penambahan elektrofilik dan nukleofilik.
    - penukargantian elektrofilik dan nukleofilik.
    - penyingkiran.
    - penyusunan semula.
3
  1. HIDROKARBON
    (16 JAM)

5.1 Pengenalan

  1. Menjelaskan maksud hidrokarbon tepu dan tak tepu dengan memberi contoh sebatian alifatik dan aromatik.
1

5.2 Alkana

  1. Menjelaskan sebatian alkana.
  2. Melukis struktur dan menamakan alkana rantai lurus, bercabang dan siklik serta kumpulan alkil yang sepadan mengikut tatanama IUPAC bagi C1 hingga C10.
  3. Menjelaskan sifat fizik: takat didih dan keterlarutan.
  4. Menjelaskan penyediaan alkana melalui tindak balas: penghidrogenan alkena, pendekarboksilan garam alkanoat, hidrolisis reagen Grignard dan tindak balas Wurtz.
  5. Menjelaskan ketidakreaktifan alkana.
  6. Menjelaskan tindak balas penukargantian radikal bebas serta mekanisme penghalogenan bagi metana, etana dan propana.
  7. Menjelaskan penukargantian mono bagi alkana dengan atom hidrogen yang setara.Contohnya neopentana.
3

5.3 Alkena

  1. Menjelaskan sebatian alkena.
  2. Melukis struktur dan menamakan alkena rantai lurus, bercabang dan siklik termasuk diena dan triena ringkas mengikut sistem tatanama IUPAC bagi C2 hingga C10 .
  3. Menjelaskan sifat fizik: takat didih dan keterlarutan.
  4. Menjelaskan penyediaan alkena melalui tindak balas pendehidratan alkohol dan pendehidrohalogenan alkil halida.
  5. Menjelaskan hasil alkena utama daripada tindak balas ini mengikut aturan Saytzeff.
  6. Menjelaskan mekanisme pendehidratan alkohol.7. Membandingkan kereaktifan antara alkena dengan alkana.
  7. Menjelaskan ciri kimia alkena merujuk kepada tindak balas penambahan alkena dengan:
    • hidrogen
    • halogen dalam pelarut lengai
    • hidrogen halida
    • asid sulfurik pekat
    • air berasid, H3O+
    • halogen dalam air
  8. Menjelaskan pembentukan hasil mengikut aturan Markovnikov serta mekanisme bagi tindak balas penambahan elektrofilik.
  9. Menyatakan hasil penambahan yang terbentuk mengikut aturan anti Markovnikov bagi tindak balas alkena dengan hidrogen bromida dan peroksida.
  10. Menjelaskan ujian ketidaktepuan alkena: ujian Baeyer dan tindak balas dengan bromin.
  11. Menentukan kedudukan ikatan ganda dua melalui ozonolisis dan tindak balas dengan KMnO4.
5

5.4 Alkuna

  1. Menjelaskan sebatian alkuna.
  2. Melukis dan menamakan alkuna rantai lurus dan rantai bercabang mengikut sistem tatanama IUPAC bagi C2
    hingga C10
  3. Menjelaskan penyediaan etuna daripada kalsium karbida.
  4. Menjelaskan penyediaan alkuna melalui tindak balas pendehidrohalogenan dihalida visinal
  5. Menjelaskan tindak balas penambahan alkuna adalah sama seperti tindak balas penambahan alkena.
  6. Menjelaskan tindak balas penghidratan alkuna menghasilkan sebatian karbonil.
  7. Menjelaskan tindak balas alkuna hujung dengan Na, Cu+ dan Ag+
2

5.5 Arena

  1. Menerangkan maksud sebatian aromatik, struktur Kekule dan struktur resonans .
  2. Melukis dan menamakan sebatian terbitan benzena:
    • benzena tertukar ganti mono seperti klorobenzena, nitrobenzena, metilbenzena (toluena), hidroksibenzena (fenol), aminobenzena (anilina), benzaldehid dan asid benzoik .
    • benzena tertukar ganti dwi dengan menggunakan nombor atau imbuhan orto ,meta dan para.
    • benzena tertukar ganti lebih daripada dua : penggunaan nombor dan penyusunan nama penukar ganti mengikut abjad .
    • gelang benzena sebagai penukar ganti fenil, C6H5- , Ph- ,
  3. Menjelaskan sifat fizik: keadaannya pada suhu bilik dan keterlarutan.
  4. Menjelaskan sifat kimia benzena dan terbitannya
    • tindak balas penukargantian elektrofilik serta mekanisme tindak balas merujuk kepada tindak balas penghalogenan, penitratan, pengalkilan dan pengasilan Friedel-Crafts .
    • pengaruh kumpulan penukar ganti terhadap gelang benzena dalam penukargantian selanjutnya dan menyenaraikan kumpulan pengaktif / pendeaktif, pengarah orto- para atau pengarah meta .
    • pengoksidaan dengan bahan uji KMnO4 atau Na2Cr2O7 bagi alkil benzena.
      tindak balas penukargantian bagi toluena dengan kehadiran cahaya dan dengan kehadiran mangkin seperti Fe, FeCl3 dan AlCl3
5